Wednesday, September 22, 2010

Kek Lapis Cheese Coklat

Salam sejahtera kepada semua...

Memandangkan ramai kawan2 yang gemar memakan kek lapis cheese coklat buatan saya, di sini saya menyertakan resepi kek tersebut, gara2 ramai yang meminta resepi kek tersebut (penat nak menaip resepi tersebut) resepinya seperti berikut:
Kek Lapis Cheese Coklat

KEK LAPIS CHEESE COKLAT

BAHAN2 NYA:
1 Kg cream cheese
375 gm gula
3 biji telur
sedikit esen vanilla

LAPISAN COKLAT:
560 gm mentega
450 gm gula
6 biji telur
450 gm tepung gandum
100 gm tepung koko
CARA2 MEMBUATNYA:

LAPISAN CHEESE:
Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang, masukkan telur satu persatu, masukan vanilla, sesudah sebati, asingkan ke tempat lain.. ermmm...

LAPISAN COKLAT:
Pukul mentega dan gula, masukan telur, pukul sehingga kembang, masukkan tepung gandum dan koko, gaul hingga sebati.

Selepas itu, bakar @ kukus berlapis2 mengikut keperluan anda semua... terpulang kepada kreativi anda.. occay... 
selamat mencuba!!










Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamuailaikum...

 Dalam kiraan beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri.Semoga perayaan pada kali ini akan membawa seribu rahmat buat umat Islam seluruh dunia, dan saya berharap pada kali ini, kita dapat mengurangkan berita2 kesedihan yg selalu terpapar di ruangan berita, tiada kemalangan jiwa ketika berhari raya. Apa yang penting kita melakukan segalatindak tanduk kita dengan berhati-hati, ingat pada org yang menyayangi kita dan ingatkan org yang kita sayangi.. dengan itu saya akhiri nukilan saya dengan ucapan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. bersama-sama kita berdoa akan keselamatan kita semua.. Amin..