Saturday, November 12, 2011

Perkahwinan - part 1



Asalammuailaikum

Sebagai antara orang yang terlibat secara langsung dalam acara perkahwinan ini, saya kenalah tahu serba sedikit mengenai alam perkahwinan ini.. jadi, untuk bahan bacaan bakal-bakal penganti/suami isteri, saya titipkan sedikit sebanyak ilmu tentang perkahwinan yang saya research melalui 'googling' hehehehe...


PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Sejarah Perkahwinan

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

Jenis-jenis perkahwinan

  • Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
  • Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata
  • Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
lepas ni, kita sambung lagi erkk.. penat kan baca.... nanti kita sambung lagi... mmuah....

wassalam...

OMG.....

Lama pulak tak Update blog ini kan??? semua customer tanya, mana entry terbaru??? maaflah tuan2 sekalian .. saya agak bz (ataupun buat2 bz), tak de masa nak update blog ini.. masa banyak sebenarnya, tetapi.. banyak buat mende lain.. memandangkan hari ini saya tgh demam, tak tau apa nak buat, jadi saya luangkan sedikit masa saya untuk melakarkan tinta d sini..baiklah.. saya berikhtiar secara terus-terusan meng'update' blog ini seberapa kerap yer... :)

Thursday, December 30, 2010

KOLEKSI PELAMIN




SELAMAT TAHUN BARU 2011

hanya dalam kiraan beberapa hari lagi kita akan menyambut 2011.. Banyak kenangan pahit manis dilalu sepanjang tahun 2010. Suka duka kehidupan yang menjadi rempah ratus dalam menempuhi 365 hari dalam 2010 akan kekal dalam ingatan.Begitu banyak kehilangan, dan begitu banyak jugalah penganti.. sesuatu yang perlu kita terima dalam kehidupan..
Dan apa yang bersyukur sangat-sangat adalah dengan bertambahnya rezeki yang datang dalam tahun ini.. Dipanjatkan kesyukuran kepada ILAHI. kerana tanpa izin-Nya, rezeki saya bertambah-tambah.. alhamdullillah..
Bagi merepa yang masih tercari-cari tempat untuk merealisasikan impian perkahwinan, mengapa tidak mencuba SAHMURA BRIDAL??? kerana semuanya ada disini... Mengapa perlu memilih??? Insya-Allah, SAHMURA BRIDAL akan merealisasi kan impian perkahwinan anda.
Bagi mereka yang telah membuat tempahan, terima kasih diucapkan, dan kami akan melakukan yang terbaik bagi anda..
Jangan Malu dan Segan.. hubungi 012 895 5090 untuk pertanyaan.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 23, 2010

Bulan NOVEMBER yang Sibuk!!!

urghh lamak plak tak update blog ni kann??? mana tak nya.. bz.. sampai tak sempat nak pegang PC... Sereyy...
hahahaha.. tu lah.. di tambah lagi dengan penyakit 'M' nak update.. tulah menjadi2 tak update.. walau bagaimana pun, alhamdullillah syukur kehadrat Ilahi.. dengan Limpah kurnia-Nya, rezeki masih lagi ada, malahan semakin banyak projek yang akan menyusul tiba.. maaflah kalau tak sempat nak update blog ni kan...
Baiklah.. sehingga kita berjumpa lagi di lain hari dan masa... tadaa...

P/S. satu lagi pesanan, sekiranya ada kawan yang memerlukan sokongan moral dari anda, sokonglah mereka.. kerana mereka memerlukan sokongan anda.. janganlah mengeluarkan kata2 yang boleh menyebabkan mereka terasa hati @ panas telinga..
Baiklah uolls.. sehingga berjumpa lagi... mmuah...

Thursday, October 28, 2010

KOLEKSI PELAMIN

berikut merupakan antara koleksi pelamin




 berminat? sila hubungi saya untuk maklumat lanjut...
012 895 5090 - MAQ

pengantin terbaru

Harap maaflah kerana lambat update blog ini.. busy cket.. dah nak habis bulan oct ni kan..??? Baiklah, kali ini saya nak letak entry pengantin yang telah d make-up oleh saya baru2 ini.. taklah baru sangat.. 10.10.10, di kampung Siol Kandis Kuching.
Tahniah buat Effy dan Fairus.

make-up akad nikah
Effy before make-up
effy after with me


another shot


effy & fairus
effy & fairus studio- zack picture

shhhh......

hanya itu jer yang dapat saya update.. sesiapa yang berminat hendak mendapatkan pakej pengantin.. sila hubungi saya.. insya-allah akan saya lakukan yang terbaik buat anda semua..
Maq-O12 895 5090