Tuesday, August 24, 2010

MEXICO- MISS UNIVERSE 2010

Jimena Navaret telah di nobatkan sebagai Miss Universe 2010, Miss Thailand memenangi 2 kategori, Miss photogenic & Best national costumes dan Miss Australia memenangi Miss Congeniality.
senarai pemenang : 
MISS UNIVERSE 2010 - MISS MEXICO - Jimena (Ximena) Navarrete Rosete
1ST RUNNER UP- MISS JAMAICA - Yendi Phillipps
2ND RUNNER UP - MISS AUSTRALIA - Jesinta Campbell
3RD RUNNER UP- MISS UKRAINE - Anna Poslavska
4TH RUNNUR UP- MISS PHILIPINES- Maria Venus Raj 

MISS UNIVERSE 2010 TOP 5

MEXICO
AUSTRALIA
 JAMAICA
UKRAINE
PHILIPINES

MISS UNIVERSE 2010 TOP 10

ireland
albania
philiphines
jamaicamexico
ukraine
pueto rico
south africa
guatemala
australia

MISS UNIVERSE 2010 TOP 15 - tiada MISS USA & VENEZUELA

Top 15 finalis dah di umumkan, tanpa kehadiran Miss USA & Miss Venezuela.
Senarai yang berjaya ke Top 15 :
Puerto Rico, Mariana Paola Vicente
Ukraine, Anna Poslavska
Mexico, Jimena (Ximena) Navarrete Rosete
Belgium, Cilou Annys
Ireland, Rozanna Purcell
South Africa, Nicole Flint
France, Malika Ménard
Australia, Jesinta Campbell
Jamaica, Yendi Phillipps
Russia, Irina Antonenko
Albania, Angela Martini
Colombia Natalia Navarro Galvis
Guatemala, Jessica Scheel
Czech Republic, Jitka Válková
Philippines, Maria Venus Raj


MISS UNIVERSE 2010 milik SIAPA???

Wah tak sabar rasanya nak tunggu live telecast Miss Universe 2010 pada pagi ni d saluran ASTRO 711.Siapa kah yang bakal di nobatkan sebagai MISS UNIVERSE 2010?? adakah sekali lagi MISS VENEZUELA Marissa Gibson yang akan menjadi MISS UNIVERSE 2010 selepas STEFANIA FERNANDEZ ? MISS UNIVERSE 2009, juga dari VENEZUELA dan DAYANA MENDOZA, MISS UNIVERSE 2008?? natikan ek.. huhuhu.. berdasaran polls dari fan seluruh dunia, sememangnya Marissa Gibson antara favorite ramai, menduduki rating yang ke3 daripada 83 org peserta, sememangnya peluang yang cerah untuk memenangi title MISS UNIVERSE... mampukah??? huhu..
Marissa Gibson (Miss Venezuella 2010)

Bercakap mengenai polls dari peminat Miss Universe 2010 dari seluruh dunia, mengetuai senarai adalah Venus Raj dari Philippines.. hah.. tengok..
Venus Raj (MISS PHILIPHINES)
Selepas Venus pulak, dengan rating 3.1 Miss Bolivia (Claudia Arce Lemaitre)

Claudia Arce Lemaitre (Miss Bolivia)

dah tengok?? apa pendapat anda.. tapi untuk pertandingan kali ini saya amat tertarik dengan kejelitaan yng dimiliki Miss Peru.. huh.. memang cantik..Giuliana Zevalos.. ermmm.. ada ciri2 Miss Universe katernye..

Giuliana Zevalos (Miss Peru)
Cantikkan?? haaa.. bagaimana pula Miss Malaysia?? Malaysia akan diwakili oleh Nadine Anne Thomas, tidak kurang hebatnya.. mungkin rezeki dari Malaysia pada kali ini kot..??
Nadine Anne Thomas (Miss Malaysia)
bagaimana kah peluang untuk Miss India?? Ushoshi Sengupta?? Bakal pengganti Lara Duta?? mampu kah??
Miss India 2010
Walau bagaimanapun sama2 kita saksikan Siaran langsung yang akan disiarkan dari Mandalay Bay Events Center di Mandalay Bay Resort and Casino, Las Vegas, Nevada, USA.Antara hakim yang menghakimi pertandingan Miss Universe pada kali ini adalah Nikki Taylor (bekas model terkenal tu.. hahaha.. model Cover girl), Actress Jane Seymour (pelakon Dr. Quinn medicine women.. ingat x ?) dan Actor Chazz Palminteri.. sekadar menyebut nama yang saya ingat sahaja.. baiklah.. siapakah selepas MISS VENEZUELLA- Stefania Fernandez????

 tak sabar kan??? nanti kita jumpa lagi selepas pertandingan Miss Univer 2010, kita buat review nyer.. huhuhu, sekian, sampai berjumpa lagi.. chow... mmuah.. bubbye...

Monday, August 23, 2010

Bersediakah untuk berumah tangga???

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.Namun,sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.Jadi jom kita sama-sama buat sedikit kaji selidik terhadap diri masing-masing.

Jadi anda telahpun menemui insan pilihan hati.Anda ingin hidup bersama pasangan anda itu dalam ikatan perkahwinan,namun anda masih ada sedikit perasaan ragu-ragu untuk mengakhiri zaman bujang anda dan memulakan zaman berumahtangga.

Sememangnya kita perlu memikirkan banyak perkara sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga.Yang paling penting diri perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu yang berguna.Tulisan di bawah ini bukanlah untuk menakutkan anda tentang perkahwinan,tapi hanya sekadar untuk memberitahu tentang beberapa perkara yang mesti anda pertimbangkan sebelum mengakhiri zaman bujang anda.Fikirkan tentang perkara di bawah,tapi anda sudah yakin dan bersedia,tunggu apa lagi.Jangan tunggu lama-lama,nanti di kebas orang:-)

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN

Perkara paling utama adalah kayakinan diri.Jadi yakinkanlah diri anda mengapa anda harus mendirikan rumahtangga?Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?Apakah kesannya kepada anda,pasangan anda dan keluarga masing-masing.Jika anda masih belum dapat memastikan jawapannya,atau alasan masih belum kukuh,sebaiknya tunda dahulu niat anda melainkan anda benar-benar telah bersedia.HARUS SEDIA BERKONGSIAnda harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.Semuanya perlu dikongsi.Bukan sekadar berkongsi katil,almari,tapi juga berkongsi waktu,perhatian,seks,kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI

Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan mengundang risiko.Begitu juga dengan keputusan anda untuk berkahwin.Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing.Jadi anda mesti bersedia untuk menerima sifat paling buruk pasangan anda.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA

Tidak dapat dinafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.Kadangkala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan anda suami isteri.Oleh sebab itu,adalah lebih baik untuk anda sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI

Anda mempunyai agenda,pendapat atau apa saja perkara yang ingin anda lakukan.Tetapi ingatlah akan pasangan anda.Dia juga punya kesibukan,pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dari anda.Maka memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur sangat membantu pernubungan rumahtangga.

SEDIA UNTUK BERPISAH

Tidak ada sesuatu pun yang abadi di dunia ini.Begitu juga dengan perkahwinan.Ia adalah merupakan satu cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dalam membina mahligai bahgia.Namun dalam sesuatu keadaan,kebahagiaan sukar untuk dipertahankan.Jadi hanya jalan perpisahan yang ada.ketika anda melafazkan akad,anda mesti menyedari akan ada salam perpisahan jika perkahwinan tidak seiringan.

SEDIA MENERIMA MALU

Pastinya anda mempunyai kriteria sendiri dalam memilih pasangan hidup anda.Walau seburuk manapun perilaku pasangan anda di mata masyarakat,dia tetap pilihan anda.Jadi anda mesti bersedia dan berani untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Sunday, August 22, 2010

HARAP BERSABAR...

PASTI ANDA MENGINGIN KAN SAMPLE PELAMIN, PERKAHWINAN DARIPADA BLOG INI.. UNTUK SEMENTARA WAKTU, SAYA MASIH BELUM DAPAT MUAT TURUN GAMBAR KE BLOG INI KERANA MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL, BAGAIMANAPUN, ANDA DIALU2KAN UNTUK MELAWATI FAN PAGE SAHMURA DI FACEBOOK UNTUK MELIHAT CONTOH PELAMIN DAN SEBAGAINYA.. HARAP MAKLUM..

PROMOSI PERKAHWINAN

SAHMURA Bridal MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN BERMULA DARI RM799
  • BAJU PERSALINAN
  • BAJU BERSANDING LACE (L&P)
  • MAKE-UP
  • PELAMIN
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI SAHMURA BRIDAL +60128955090

Assalamuailaikum.....

salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Ini merupakan blog ke-2 saya, selepas blog pertama mengalami kejadian yang tidak diingini.. hehehe.. berlaku crash.. d atas kecuaian diri sendiri.. huhuhu.. agak kesal dengan kejadian tersebut, membuat saya malas nak berblog lagi, tetapi saya merasa blog ini merupakan salah satu cara untuk mempromosi perniagaan saya yang saya jalani sekian lamanya..( tak lama sangat.. tetapi adalah).
      SAHMURA Bridal, merupakan ide saya, yang mana sebelum ini saya menggelarkan 'baby' saya ini sebagai SAHMURA andaman & kecantikan, berasakan sebutan yang agak panjang, adalah lebih baik kiranya saya memendekan sebutan andaman & kecantikan itu kepada 'bridal' sahaja, dimana merujuk kepada singkatan kepada andaman dan kecantikan.. agak senang untuk di sebut kan???
  Baiklah.. sebagai pengenalan, SAHMURA menyediakan pelbagai kelengkapan perkahwinan, daripada perancang perkahwinan hinggalah kepada penyediaan alatan audio & visual untuk melengkapkan impian perkahwinan anda.Apa yang pasti.. SAHMURA menjanjikan kepuasan kepada bakal mempelai untuk merealisasikan impian perkahwinan anda, dan SAHMURA menjanjikan akan memberi yang terbaik untuk anda...Insyaallah.

Selain dari itu, SAHMURA ada menyediakan pakej pertunangan, pakej perkahwinan, solekan Siang dan malam untuk pelanggan dengan harga yang berpatutan.Sahmura juga menerima tempahan baju untuk baju kurung, baju melayu dan pelbagai fesyen yang dikehendaki.

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, silalah hubungi saya +60128955090 atau melalui Facebook SAHMURA untuk berinteraksi dengan saya.

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa..

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang


SEKIAN, Wassalamuailaikum....